Friday 21 September 2012

REFLEKSI PEMBINAAN LAMAN WEB DAN TAPAK PEMBELAJARAN


Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah s.w.t. atas izin dan limpah kurniaNya saya diberi kekuatan membina laman sesawang dan tapak pembelajaran (pengajaran dan pembelajaran) Bahasa Melayu.

Sebagai seorang guru yang telah berkhidmat lebih 20 tahun, inilah pengalaman yang menggembirakan. Saya begitu seronok meneroka laman-laman web pendidikan yang boleh dimanfaatkan kepada murid-murid. Melalui laman sesawang pelbagai perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan. Saya mendapat kemahiran mengendalikan dan mencorakkan laman sesawang ini mengikut kehendak saya sendiri.

Melalui tugasan ini, saya menggalas cabaran bagaimana memperoleh maklumat melalui laman sesawang. Seterusnya saya membina dan memasukkankan bahan-bahan pembelajaran ke dalamnya.  

Membina lama sesawang ini membuat saya teruja. Rasa bangga menguasai diri. Selama ini saya hanya membuka dan melayari laman sesawang orang lain untuk mencari dan menambah maklumat. Mudah-mudahan dengan kemahiran yang terpaksa saya dalami ini (memenuhi tuntutan BMM 3105) ini akan menambah minat saya untuk lebih aktif dalam penulisan dan penerokaan laman sesawang. Saya mengakui tugasan ini menguji kesabaran saya. Ini disebabkan masalah apa yang diharapkan dapat dimuatkan ke dalam laman sesawang saya tidak menjadi. (re-blog)

Terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah yang memberi keyakinan dan semangat untuk tugasan ini. Dengan dorongan beliau, saya bersemangat dan yakin setiap jika berusaha pasti berjaya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang mahir dalam bidang kerana membantu saya tanpa jemu.Akhirnya, dapat juga saya memuat turun bahan-bahan pembelajaran seperti yang dikehendaki.

Mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini diberkati olehNya. Apa jua ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan oleh anak-anak didik hendaknya. Insyaallah.


Sunday 26 August 2012

Penggunaan Internet .....

Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Halaman Ilmu....

1. Laman Berita
2. Blog Pembelajaran Bahasa Melayu

Tajuk : Menerajui perubahan dalam pembelajaran
URL :  http://bicarajaya.blogspot.com/
Sinopsis : Blog pembelajaran bahasa Melayu peringkat menengah

Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
URL :   http://nazrahbmm5.blogspot.com/
Sinopsis : Blog pembelajaran bahasa Melayu peringkat menengah

Tajuk : Bahasa Melayu Sewaja
URL :    http://bahasamelayusewaja.blogspot.com/2012/04/sesi-pengajaran-dan-pembelajaran-bahasa.html 
Sinopsis : Blog pembelajaran bahasa Melayu peringkat rendah

3. Laman Sastera

Sinopsis : Blog sastera bahasa Melayu
Tajuk : Memoir Seorang Hamba
URL :   http://memoirhati.blogspot.com/2012/06/sastera-dan-kepentingannya.html
Sinopsis : Blog sastera bahasa Melayu
Tajuk : Nisah Haron
URL :   http://annyss.blogspot.com/2012/05/ulasan-kembara-sastera-nisah-haron.html
Sinopsis : Blog sastera bahasa Melayu

4. Laman Seni

Tajuk : Seni Tampak
URL :    http://cikgusenismbd.blogspot.com/
Sinopsis : blog seni Tampak (Visual Art Education)

Tajuk : seni visual
URL :    http://senivisual2.blogspot.com/
Sinopsis : blog seni visual

Tajuk : Sketsa Minda Azlan Adam 
URL :    http://sketsamindaazlanadam.blogspot.com/2010/02/keprihatinan-terhadap-seni-lukis.html
Sinopsis : Blog seni lukis



Tip - tip Carian Enjin


1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.
3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsiAutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. FungsiAutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading.Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.